Monday, July 20, 2009

Sunday, July 19, 2009

BULAN REJAB

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allahmuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulanumatku.Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,Sya'aban dengan malam NISFUnyaRamadhan dengan LAILATUL-QADARnya.Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yangmenghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dandaripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di harikiamat.*Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintuneraka.* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu,MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparanperhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di harikiamat.* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah didalamsyurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai dihadapanmahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telahlalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya(pembaharuan umur).Berkata Saidina Ali:* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atassegala Qalam.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun! dan diberiminum air dari Syurga.Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilatdi atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulanpahalanya.Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orangyangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajibbaginya:* Diampunkan dosanya yang lalu.* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekahtiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar,dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan,diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejabseperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik danseribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali. Bulan Rejabbulan Allah.Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka keranakemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit JabalQar bumi, yang putih yang penuh dengan Malaikat dengan panji-panjiberhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada UmatMuhammad. Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka!Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi danpetang 70kali atau 100 kali, pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada apineraka.Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggianKu dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKudibawah `arasyKu, engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu, engkauterlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu danantarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya.Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaranhari ISRAK-MIKRAJ.Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin padabulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalamsyurga Firdaus.Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.Diampunkan baginya 70dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanyadaripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbangsuhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah,kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itumaka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNyayang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa padasiangnya dan beribadat pada malamnya. Demikianlah peri keistimewaannyakeagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.REJAB bulan menabur benih.SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.RAMADHAN bulan menuai.REJAB menyucikan badannya.SYA'ABAN menyucikan hatinya.RAMADHAN menyucikan rohnya.REJAB bulan taubat.SYA'ABAN bulan muhibbah.RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

Wednesday, July 15, 2009

Sabda Rasulullah S.A.W

Jiwa seseorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehinggalah dia menjelaskan hutangnya...
(Riwayat At-Tarmizi)